BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

wlc0me banner~

umurkuu~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, 26 August 2011

~GADIS YANG DIPOTONG TANGANNYA~

Dikisahkan bahawa semasa berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T”

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.Sebaik sahaja anak gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan gadisnya sehingga putus.
Setelah dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah hidup orang kaya itu dengan menarik kembali segala harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah.
Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu sangat tertarik dengan anak gadis itu dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.
Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila telah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya, oleh kerana anak gadis itu telah kudung dan suaminya tidak tahu bahawa dia itu kudung, ibunya juga telah merahsiakan tentang gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabila suaminya melihat akan kelakuan isterinya itu maka dia pun berkata “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak bergitu pandai dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukannya dengan tangan kiri”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba maka terdengar suara berkata dari sebelah pintu “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana kami, maka tidak ada halangan kami memberikan kamu kembali akan tangan kanan kamu itu”

Setelah anak gadis mendengar suara tersebut maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapat tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

1. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormati aku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T dan sesiapa telah menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia telah menjadi kemarahan aku, dan sesiapa menjadikan kemarahan aku, sesunguhnya dia telah menjadi murka Allah S.W.T”

2. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu barakah dan seribu rahmat”. 

amal2kan dan sebar2kan~

Saturday, 20 August 2011

~ISTIQAMAH MEMELIHARA AMANAH~

Sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tiga petanda org yang munafik; apbila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya....

Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik r.a. , Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah , dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang pada janji.

pada ana, amanah nie boleh disifatkan seperti membina sebuah bangunan, Yang mana ambil masa yang lama untuk disiapkan, tapi utk kita r0bohkan hnya dgn sekelip mata shj......

law kita lihat dlm hidup seharian, kita sering membuat janji, tapi adakah smua janji yang ditabur itu dilaksanakan sepenuhnya???.....kat sini ana nak ajak sahabat-sahabat sekalian renung satu kisah dlm zaman sahabat dulu..kisah ini berlaku kat Tanah Arab ktika zaman Jahiliah....mngenai contoh sifat org arab yg mmg setia dan berpegang pd janji yg telah ditabur.......

......Satu hari, seorang yang bernama Hani'b bin Mas'ud Asy-Syibani telah berjanji kepada Nu'man,( org yg diburu pemerintah), utk melindungi harta yg diamanahkan kpdnya drpd dirampas....sebagai bukti utk memegang amanah menjaga harta tersebut, Hani'b telah berjanji utk mempertaruhkan nyawanya sbg ganti sekiranya harta itu jatuh ke tangan pemerintah...walaupn dia belum peluk agame Islam, tp sikap memegang amanahnya sgt tinggi....mcm tulah mahalnya harga sebuah amanah. Janji yg di tabur harus dan mesti dikotakan...

Janji adlh ibarat sebuah agama....bila kita dah janji,,jadinya kita ley diibaratkan seperti berpegang pd agama. tp, law kita mungkir jnji tue, samalah mcm kita dah lepaskan dan berpaling drpd agama... dan org yg berpaling drpd agame ley diibaratkan sebagai MUNAFIK!!!  Nauzubillah,,,m0ge2 dija0kan.....aaamiiiinnnnn~  

Kat akhirat nnti, kita akan d'pers0alkan ttg amanah....contoh:seorang suami. apa yg dia dah lakukan terhadap isterinya?..adkah dia dah laksanakan apa sama seperti yg dia pernah janji mase akad nikah dulu?....adkah dia msh jalankan tggjwab dan amanah yg bapa si isteri galaskan ke bahunya???.....oleh itu, bila kita dah digalaskan dgn 'AMANAH' ni,,kita mstilah bersungguh2 laksanakan ia dgn baik dan adil. ...

Insya-Allah....same2 ley amal-amalkan dan sampai-sampaikan.....
yerrr?????,,, :)
SALAM MUJAHADAH....


subhanallah!!!
beginilah cara yg dianjurkan ISLAM- kerjasama.....
alhamdulillah....jualan kami pada Hari Koperasi SMKA Bandar Penawar ini...agak memberangsangkan.....
mgkn berkat usha+niat yg baek+redha drpd Allah smuanya menjadi,,,alhamdulillah...

SYUKRAN YE SAHABAT SEKALIAN!!!!
JASAMU DIKENANG......
SEM0GA JUALAN YG AKAN DTG LEBIH MENDATANGKAN HASIL...
AAAMMIIIIINNNNNN~~~~~~

Tuesday, 16 August 2011

Assalamualaikum....
dah lme ana rse tak menulis begini...
nak k0ngsi sikit nie...tadi mse ana kat d0rm...s0rang adeq dorm ana nie tetibe jer mnanges...
ana cuba dkati die..."cuna,nape nie?..awak ade masalah ker?....cube citer ngan akaq..meh sini.",ujarku perlahan mahu meredakan perasaannya yang ku kira mungkin sedang bersedih...
Cuna masih terus diam membisu.Aku membiarkannya melayani resah hatinya...ku tahu dia cuba utk kuatkan hatinyer....'takpe deq,akq tunggu...akq faham perasaan awak skrg nie.',getus hatiku kian memahami masalah yang dihadapinya. "akq....snanye kte kan td......",dia cuba utk meluahkan nmun tak berdaya.
ku usap belakang tubuhnya...."akaq,tadi kte tertinggal jawab s0alan KH..,wuhuhuu.....,"dia masih meneruskan tangisannya. "banyak ke cuna?,"aku cuba utk memahami situasi yang dihadapinya. "banyak jugak kaq, sangat...s0alan 41 sampai 60,"dia semakin reda.
"sabarlah deq...Allah nak uji je tue...insyaAllah kalau awak sabar, ade lg ganjaran yang Allah akan bg...benda dah jadi kn?...kita dah tak boleh buat apa..serah saje pada Allah. awak fikir je apa yang Allah bagi sekarang nie sebagai kaffarah dari Allah atas segale kesalahan dan dosa2 awak yang awak perasan ataupn tak selama nie..ingat deq..Allah takkan uji hambanya jika Dia tahu hamba tue tak mampu utk hadapi ujian tue...jadinya,skrg nie adeq antare hambanya yang terpilih utk diuji, bersyukurlah...Allah masih sayangkan adeq...ketika ini, Dia nak bukti sama ada kita betul-betul cintakan Dia ataupun tidak....yelah selama nie,jika ade masalah kita mengadu pada-Nya...kita ucapkan kata-kata cinta yang tak berbelah bahagi.....mase nilah hati kita,jiwa kita,iman kita diuji deq....Dia ingin tahu bagaimana kentalnya hati kita melawan ujian,.....Dia nak hati kitra sentiasa lunak utk mengadu pada-Nya....Dia rindu pada kita sbenarnya deq.....rindu atas segala d0a dan harapan yang kita sering panjatkan kepad-Nya dulu....mungkin kali ini kita sedikit terlalai....terleka.....tapi,Alhamdulillah Dia masih ada utk sedarkan kita......banyak hikmah yang awak boleh dapat daripada 1 ujian yang Allah bagi nie deq.....boleh janji ngan akaq tak,adeq akan cekalkan hati..? :) orang yang ingin berjaya, mesti kuat, hatinya kena sentiasa tabah.....supaya nanti bila dia diuji dengan perkara yang lebih berat, dia mampu hadapinya, InsyaAllah....,"luahku padanya. Doaku m0ga kau kuat deq nnti,,,..


Sunday, 14 August 2011

jalan mujahadah itu seringkali sukar..
.perlu menongkah arus yang tidak pasti dimana penghujungnya......
m0ga ditabahkan hati ini menghadapi segala dugaan mendatang~